Isnin, 6 Februari 2017

Cara nak mula berniaga

Salam dan hi..

Saya nazri nak kongsi dengan anda cara nak mulakan sesuatu perniagaan.

Apa yang anda kena tahu ye?
Nak mula dari mana?
Tak tahu nak jual apa?

1. Tujuan dan Matlamat
Setiap orang boleh berniaga.
Namun, tujuan dan matlamat berniaga perlu ada.
Supaya bisnes yang anda jalankan ada hala tuju dan target akhirnya. Jika tidak, anda akan terumbang ambing tanpa arah.

2. Kenal pasti peluang bisnes
Dari sini, anda cuba senaraikan produk/service yang boleh menjana duit. Dan kenalpasti secara terpeinci sasaran pembeli/pelanggan anda.

3. Buat Validation
Maksudnya buat kajian terlebih dahulu sama ada produk/service yang anda nak jualkan tu ada permintaan atau cuma 'bayangan' anda sahaja.
Anda boleh survey dan tanya kepada fb group/fb wall anda/kenalan wasap anda/ kenalan email anda mahupun di tempat-tempat selalu target bakal customer  anda lepak.

4. Promosi dan JV
Selesai buat validation dan dapat feedback  tentang produk/service yang boleh jana duit, anda boleh mulakan promosi tanpa henti supaya ramai orang tahu perkhidmatan dan produk yang anda jual. Ingat pesanan saya ini, orang tak beli dari anda mungkin disebabkan mereka masih tidak tahu anda ada menjualnya. Tugas anda hanyalah memberitahu mereka. Bukan memaksa mereka membeli daripada anda.

Bermanfaat? Kongsikan dengan kenalan anda.
Nak dapatkan tips lebih lagi? Sila tinggalkan email anda untuk langgan newsfeed kami. :-)